Friday, October 19, 2012

Perjuangan Seorang Pelajar .

'Man Jadda Wa Jada' 'Agi Idup Agi Ngelaban'

Kata-kata hikmah di atas cukup menyuntik semangat para mujahid utk berusaha sedaya upaya hingga ke akhir hayat . Sesungguhnya , perjuangan itu memang pahit , tetapi percayalah selepas kesulitan pasti ada kesenangan . Berjuang memang tak pernah senang . Ombak derita tidak henti-henti malanda diri kita . Sebagai seorang anak dan pelajar , kita seharusnya melunaskan tanggungjawab kita . Sesiapa yg berjaya utk menangguhkan kegembiraan utk bersuka ria , mereka pasti akan berjaya . Misalnya , seseorang itu memang gemar bermain video game , tetapi disebabkan dia akn menduduki peperiksaan pada tahun tersebut , dia berusaha utk meninggalkan permainan video tersebut lantas mengambil buku dan mengulangkaji pelajaran . Hal ini demikian kerana , sebuah kejayaan memerlukan mahar yg sgt banyak . Perjuangan menuntut pengorbanan . Ingatlah , segala perjuangan kita akan menjadi kenangan yg manis :) La tai'su min rowhillah :)